PELAWAT DIDAHULUKAN, RAKAN DIUTAMAKAN

“Blog ini dalam proses untuk ditutup-Harap Maklum”

30 Januari 2011

Sekitar Merentas Desa 1

Kejohanan Merentas Desa Kali-4/2011
SMK Seri Bandi.

Kejohanan diadakan pada 27 Januari 2011 bertempat di padang utama SMK Seri Bandi.
Kejohanan berlangsung serentak dengan perasmian Program Satu Murid Satu Sukan peringkat sekolah yang dirasmikan oleh wakil PPD Kemaman, En Tajul Bin Arifin. Kejohanan diadakan seawal pukul 7.30 am sehingga 2.00 pm.

Aturaca majlis termasuklah taklimat peserta yang disampaikan oleh SU Sukan, SU Disiplin dan kata-kata perangsang yang diberikan oleh Pengetua SESERI, Puan Roslina Binti Zakaria. Peserta dilepaskan mengikut kategori di hadapan pintu masuk utama sekolah.

Kejohanan kali ini mendapat sokongan dan kerjasama yang cukup baik daripada AJK PIBG, Pasukan RELA, Polis dan Klinik kesihatan.

Pengetua SESERI memberi kata perangsang kepada peserta

Aktiviti memanaskan badan dikendalikan oleh cikgu Sharkawi

Sekitar upacara perasmian di dewan terbuka SESERI

bersambung...