PELAWAT DIDAHULUKAN, RAKAN DIUTAMAKAN

“Blog ini dalam proses untuk ditutup-Harap Maklum”

23 Mac 2011

Olahraga MSSD 1

Kejohanan MSSD Kemaman Kali ke-40 telah bermula dengan rasminya pada 23 Mac 2011 di padang SMK Sultan Ismail, Kemaman. Kontigen SESERI diketuai oleh SU Sukan telah menghantar seramai lebih daripada 50 orang atlet olahraga.

Acara pertama bermula pada pukul 7.30 pagi iaitu berjalan kaki 5000M P18 dan L15. SESERI diwakili oleh Ahmad Tarmizi Zakaria(L15), Nurhanie Idayu Jusoh(P18) dan Siti Nur Asilah(P18). Selepas acara berakhir, SESERI telah mendapat emas sulung bagi kategori L15 dan, Gangsa bagi kategori P18. Kontigen SESERI berjaya mengutip pingat bagi empat kategori acara awal kejohanan.


PK Ko Kurikulum SESERI sangat teruja
dengan keputusan sebelah pagi
.


Dari kiri : Nur Asilah (Gangsa jalan kaki P18), Erma Shakira (Perak rejam lembing P18), Tarmizi Zakaria (Emas jalan kaki L15), Nurhanie Idayu (Perak jalan kaki P18) dan Siti Nurul Masitah (Emas Lompat jauh P15).

Kontigen SESERI diiringi oleh Cikgu Nordin (SU Sukan), Cikgu Sabtina (Pengurus), Cikgu Noora Haida, Cikgu Zunaidah, Cikgu Sazeri, Cikgu Amril Zalha dan Cikgu Izwadi. Kontigen hari pertama ialah seramai 35 orang atlet.

Keputusan keseluruhan hari pertama 23 Mac 2011 :
1-Jalan kaki L15(Ahmad Tarmizi)-EMAS
2-Lompat jauh P15(Siti Nurul Masitah)-EMAS

3-Lembing P18(Erma Shakira)-PERAK
4-Lempar cakera L18(Mohd Hanif)-PERAK
5-Peluru P15(Murniya Ati)-PERAK
6-Lompat Tinggi L15(Husin Rosin)-PERAK

7-Jalan kaki P18(Norhanie Idayu)-GANGSA
8-Jalan kaki P18(Siti Nor Asilah)-GANGSA
9-200 meter L18(Imran Mohd Ariffin)-GANGSA
10-Lompat tinggi L15(Ayob Isa)-GANGSA
Maklumat tidak rasmi menyebut bahawa kontigen SESERI berjaya memperolehi 1 lagi pingat GANGSA.

Setakat yang telah diumumkan secara rasmi, SESERI berjaya mengutip 2 EMAS, 4 PERAK dan 4 GANGSA pada hari pertama kejohanan. Semoga pencapaian berkenaan menjadi pembakar semangat bagi atlet pada hari ke-2 hingga ke-4. Tahniah kepada semua yang berjaya.

SESERI BOLEH.
Cikgu Seri