PELAWAT DIDAHULUKAN, RAKAN DIUTAMAKAN

“Blog ini dalam proses untuk ditutup-Harap Maklum”

13 September 2011

Perarakan Kemerdekaan 2011


Salam untuk semua pengunjung http://seseriku.blogspot. 
Baru-baru ini, SMK Seri Bandi telah mengadakan perarakan sempena menyambut hari kemerdekaan 2011. Perarakan telah dimulai dengan taklimat seawal jam 7.30 pagi di Dataran SESERI. Penyelaras program Cikgu Wan Fauzilah telah memulakan sesi penerangan kepada peserta perbarisan pada pukul 7.40 pagi. Peserta disusun mengikut badan beruniform dan kelas masing-masing. Pada pukul 8.15 pagi, peserta perbarisan dilepaskan di hadapan pintu pagar sekolah. Perbarisan yang disertai oleh semua pelajar dan guru, berarak mengelilingi kawasan kampung Seri Bandi sambil diselang-seli dengan laungan MERDEKA!.

Semua peserta perbarisan tiba di kawasan sekolah pada pukul 9.15 pagi. Peserta kemudian berkumpul semula di Dataran SESERI dan disambung dengan aktiviti seterusnya iaitu pertandingan Laungan Kemerdekaan. Aktiviti seperti ini sangat baik bertujuan memupuk penghayatan kemerdekaan di kalangan pelajar. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang. Tahniah kepada pihak pengajur dan pengurusan SESERI.




Catatan : Cikgu Seri