PELAWAT DIDAHULUKAN, RAKAN DIUTAMAKAN

“Blog ini dalam proses untuk ditutup-Harap Maklum”

17 Oktober 2011

Jamuan Ringkas

Satu jamuan ringkas telah diadakan di bilik guru SESERI sempena pertukaran Puan Roslina Binti Zakaria, Pengetua SMK Seri Bandi. Beliau telah ditukarkan ke SMK Ceneh Baru dan akan mula bertugas pada 23/10/2011. Aktiviti yang dijalankan dengan kerjasama Kelab Guru SESERI ini,  sedikit sebanyak telah mengeratkan lagi hubungan di antara Pengetua dan guru-guru SESERI. 


 Pengetua sedang berucap dan menyampai amanat 
kepada semua guru


 PK Pentadbiran berucap mewakili guru SESERI


Guru-guru SESERI sedang mendengar ucapan dan 
amanat yang disampaikan


 Jamuan ringkas semasa rehat


Cikgu Seri mewakili http://seseriku.blogspot.com/ serta semua guru-guru mengucapkan selamat bertukar kepada Puan Roslina Binti Zakaria, Pengetua SESERI Sesi 2007-2011. Semoga Beliau akan terus menempa kejayaan sebagai Pengetua Cemerlang di sekolah yang baru nanti. Sesungguhnya yang tumbuh tidak akan sama dengan yang patah, yang berganti juga tidak akan sama dengan yang hilang. Semoga beliau sentiasa dirahmati oleh-Nya.
Cikgu Seri