Ekspedisi telah dijalankan pada 15 Ogos 2009 ( Sabtu). Program ini adalah dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan melalui pihak sekolah. Ekspdesi berbasikal adalah salah satu cabang gaya hidup rakan muda Cinta Alam. Peserta ekspedisi terdiri daripada 40 pelajar, 9 ahli Pengakap, PBSM dan diiringi oleh 32 orang guru. Peserta bertolak pada pukul 8.15 pagi, dilepaskan oleh Pengerusi PIBG dan Ketua Balai Polis Air Jernih. Peserta bertolak dengan diiringi anggota polis dan anggota Rela. Peserta tiba di Air Menderu Kampung Chabang lebih kurang pada pukul 11.30 pagi.
Peserta sedang membaca peta dan kompas kertas bagi menentukan lokasi pencarian.
Peserta bertindak sebagai haiwan herbivor. Bagi mengelakkan kepupusan spesies, mereka perlu mencari makanan berbentuk gambar-gambar buah dan sayuran. Setiap item mempunyai jumlah mata yang berbeza. Kumpulan yang mendapat mata tertinggi dikira sebagai pemenang.
Seorang peserta asyik memancing. Sebarang pergerakan akan menyebabkan ikan cabut lari.