PELAWAT DIDAHULUKAN, RAKAN DIUTAMAKAN

“Blog ini dalam proses untuk ditutup-Harap Maklum”

29 November 2009

PROGRAM BUMI HIJAU SESERI

AKTIVITI PROGRAM BUMI HIJAU SEPANJANG 2009
Aktiviti terkini Program Bumi Hijau ialah penanaman cendawan tiram kelabu. Kos pembelian diperolehi daripada sumbangan beberapa orang guru SESERI. Ketika laporan ini ditulis, tanaman cendawan ini telah memasuki fasa akhir pengeluaran hasil. Hasil tanaman cendawan tiram ini dijual kepada kakitangan SESERI sendiri. Ada juga pembeli yang datang dari luar termasuk ibubapa pelajar. Jawatankuasa projek berhasrat untuk mengembangkan lagi tanaman ini menjelang januari 2010.



Ternakan puyuh daging telah bermula sejak awal 2009. Puyuh telah berjaya diternak hingga musim kedua. Ternakan puyuh ini telah diketuai oleh Cikgu Abu Khuaraiah Bin Abu Bakar. Puyuh musim pertama dijadikan jamuan untuk warga SESERI. Ternakan kedua telah dijual di kalangan warga SESERI. Permintaan cukup menggalakkan hingga berkalan daging yang dihasilkan tidak mencukupi.

Ternakan ikan tilapia merah diketuai oleh Cikgu Wafi Bin Ismail. Ikan tilapia merah telah diternak di kolam utama di Taman SESERI. Setakat ini ikan berkenaan telah menghasilkan
tiga generasi anak-anak yang baru.

Tanaman dua jenis kacang yang ditanam di kebun SESERI. Hasil yang diperolehi dibahagikan diantara semua peserta yang mengusahakan tanaman di kebun ini.


Beberapa pandangan landskap yang boleh ditemui di SESERI
Semoga tahun 2010 memberikan sinar harapan baru dan bermakna kepada Jawankuasa Program Bumi Hijau. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.