PELAWAT DIDAHULUKAN, RAKAN DIUTAMAKAN

“Blog ini dalam proses untuk ditutup-Harap Maklum”

01 Januari 2011

Pendaftaran Sesi 2011

Sekitar pendaftaran pelajar bagi sesi 2011.

Program berkenaan diadakan pada 1 Januari 2011, bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Aturcara dimulakan dengan sesi taklimat kepada murid-murid, ibu bapa serta penjaga tingkatan 1/2011 yang disampaikan oleh Pengetua SMK Seri Bandi, Puan Roslina Binti Zakaria.

Selesai taklimat, pendaftaran diadakan di kantin sekolah bagi murid-murid tingkatan 1 manakala pendaftaran bagi murid-murid tingkatan 2, 4 dan 5 sesi 2011 diadakan di dewan terbuka SMK Seri Bandi. Selesai pendaftaran semua murid, ibu bapa dan penjaga yang hadir bergerak ke koperasi sekolah bagi mendapatkan keperluan-keperluan bagi kegunaan sesi persekolahan yang akan bermula pada hari Isnin, 3 Januari 2011.

Kepada semua murid-murid yang akan memulakan sesi persekolahan pada 3 Januari ini, semua guru-guru di SMK Seri Bandi mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan selamat belajar. Semoga tahun 2011 ini merupakan tahun yang cemerlang bagi anda semua.

Catatan oleh : Cikgu Nazri Bin Ismail