PELAWAT DIDAHULUKAN, RAKAN DIUTAMAKAN

“Blog ini dalam proses untuk ditutup-Harap Maklum”

31 Disember 2010

Jamuan Bumi Hijau

Budi Disemai, Bukti Dituai

Pada pertengahan November 2010, Projek Bumi Hijau SESERI telah berjaya mengadakan jamuan akhir tahun bertempat di Dewan Terbuka. Jamuan berkenaan adalah sebagai satu penghargaan kepada semua individu yang terlibat dalam menjayakan aktiviti-aktiviti Projek Bumi Hijau sepanjang 2010.

Kebanyakan bahan mentah jamuan adalah hasil yang diambil dari Projek Bumi Hijau sendiri. Antaranya termasuklah itik telur, puyuh daging, telur puyuh, cendawan, sayuran dan juga ikan tilapia merah. Bahan mentah lain seperti beras dan gula adalah sumbangan pengetua SMK Seri Bandi. Penyediaan makanan dibuat secara gotong-royong antara pekerja swasta, guru-guru dan staff sokongan.

Pihak Projek mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat menjayakan jamuan serta aktiviti Projek Bumi Hijau sepanjang tahun 2010. Semoga kejayaan yang lebih cemerlang akan tercipta pula pada tahun 2011 nanti.

Laporan oleh : Cikgu Seri