PELAWAT DIDAHULUKAN, RAKAN DIUTAMAKAN

“Blog ini dalam proses untuk ditutup-Harap Maklum”

28 Mac 2011

Penyampaian Hadiah

Sekitar Majlis Penyampaian Pingat Kepada
Atlet-atlet yang Berjaya di MSSD Kemaman.

Hari : Isnin
Tarikh : 28/3/2011
Lokasi : Dataran SESERI


Antara pingat dan piala yang berjaya diraih atlet

Pengetua menyampaikan pingat kepada atlet

Olahragawan MSSD L18 2011

Atlet SESERI bersama pingat dan sijil masing-masing


Atlet yang berjaya menyumbang pingat


Atlet EMAS SESERI bersama Pengetua, PK Ko & jurulatih


Catatan oleh : PK Ko-Kurikulum SESERI

27 Mac 2011

Keputusan Penuh


Keputusan Penuh Kejohanan Olahraga MSSD Kemaman 2011.

Bagi SMK Seri Bandi

1-Ahmad Tarmizi (Jalan kaki L15)-EMAS
2-Siti Nurul Masitah (Lompat jauh P15)-EMAS
3-Mohd Hanif (Lontar peluru L18)-EMAS
4-4x100 m L18 - EMAS
5-Mohd Hanif (Lompat jauh L18)-EMAS

6-Erma Shakira (Lembing P18)-PERAK
7-Mohd Hanif (Cakera L18)-PERAK
8-Murni-yati (Peluru P15)-PERAK
9-Husin Rosin ( L. tinggi L15)-PERAK
10-Nor Amira Liana (L Kijang P18)-PERAK
11-Samsiah Mapik (Lembing P15)-PERAK
12-4x100m L15-PERAK
13-Tarmizi (800m L15)-PERAK

14-Nurhanie Idayu (Jalan kaki P18)-GANGSA
15-Siti Norasilah (Jalan kaki P18)-GANGSA
16-Mohd Imran (200m L18)-GANGSA
17-Ayob (Lompat tinggi L15)-GANGSA
18-Wan Mohd Azwan (L. peluru L15)-GANGSA
19-Hussin Rosin (400m L15)-GANGSA
20-Siti Zubaidah (3000m Terbuka )-GANGSA
21-4x400m L15-GANGSA

Jumlah Emas : 5
Jumlah Perak : 8
Jumlah Gangsa :8
Jumlah Pingat Keseluruhan : 21
Ranking Sekolah : 5/19

Anugerah lain :
Mohd Hanif
Olahragawan L18 MSSD Kemaman 2011

26 Mac 2011

Sekitar MSSD

Sekitar Kejohanan Olahraga MSSD Kemaman 2011

ItalicMaskot SESERI.. Bunga matahari berhias
Atas: Tak "Geli" ke pegang cat tu...
Bawah: Hiasan batu GELIGA pada bunga matahari


Pemenang hari pertama
2 Emas, 1 Perak, 1 Gangsa

Simbolik Penghargaan kepada jurulatih
"Geli" je rasa... ko letak apa tuu...?

Atas:Melintasi khemah SMK Kerteh & SMK Geliga

Bawah : PK Ko dah lama dah "GELI" nak bergambar... "leGA"
apabila berpeluang bergambar bersama atlet yang
menyerlah di hari pertama.


"GELI" hati tidak terkira...
"LeGA" dapat makan nasik di kantin SESERI



Apa yang men"GELI"kan hati tu...
Nak "tiGA" dapat lima


Guru-guru SESERI yang cukup komited
Ber"GELIGA" jugak otak aku ni... takbur le tuu..




SAJAK KHAS UNTUK PK KO AKU
```````````````````````````````````
Aku tak tahu dia yang suruh...
koa tanya le dia... sapa suruh dia skor banyak-banyak.
Teruk nak kejar tahun depan.
Tak pe... sekurang-kurangnya itulah kenangan
antara AKU dan DIA.

Kita dikelilingi ramai orang yang.....

banyak bercakap dari membuat,
banyak meminta dari sudi memberi,
banyak komen dari cuba untuk membaiki,
banyak marah dari merasa bersimpati
banyak berbangga dari merendah diri,
banyak bersungut dari menuruti,
banyak melihat dari mendekati,
banyak yang duduk dari sedia berdiri,
banyak berjalan dari berlari,
banyak menipu dari jujur diri,
banyak biadap dari menghormati,
banyak menyohor dari berbudi,
banyak yang bodoh dari mengerti,
banyak berpecah dari bersatu hati
banyak bekerja dari berbudi
Banyak itu... tak banyak ini,

apa tu??
banyak haiwani dari manusiwi
walaupun ada... aku hampir pasti tidak jumpa
di sini

di SMK Seri Bandi.

Oleh : Aku

Olahraga MSSD 4

Selamat datang kepada semua pengunjung laman seseriku.blogspot.com/
Laporan hari ke-4 Sukan Olahraga MSSD di SMK Sultan Ismail.


Antara acara pagi yang menyerlah
1-3000m Terbuka (Siti Zubaidah)- GANGSA

Siti Zubaidah dengan GANGSA yang dimenanginya

Acara petang yang menyerlah
1-Lompat jauh L18 (Mohd Hanif) -EMAS
2-4 X 400 L15 Akhir - (GANGSA)
3-Olahragawan MSSD Kemaman Kategori L18-Mohd Nanif

Hanif dengan Emas Kedua yang dimenanginya
Olahragawan L18 MSSD Kemaman 2011

Pingat hari ke-3 - 1 EMAS, 2 GANGSA
Pungutan Terkini - 5 EMAS, 8 PERAK, 8 GANGSA.
Keseluruhan - 21 pingat
Kedudukan dalam daerah : Tempat ke-5

Olahraga MSSD 3

Selamat datang kepada semua pengunjung laman seseriku.blogspot.com/
Laporan hari ke-3 Sukan Olahraga MSSD di SMK Sultan Ismail.


Penyumbang pingat pertama hari ke-3
Wan Mohd Azuan, Cakera L15-GANGASA

Antara acara pagi yang menyerlah
1-Lontar peluru L15 (Wan Mohd Azwan)- GANGSA
2-400m L15 (Husin Rosin) akhir acara petang
3-4 X 100 L15 ke peringkat akhir acara petang
4-4 X 100 P15 ke peringkat akhir acara petang
5-4 X 100 L18 ke peringkat akhir acara petang
6-4 X 100 P18 ke peringkat akhir acara petang
7-Lontar peluru L18 (Mohd Hanif) - EMAS

Atlet 4 X 100 m (L15) berjaya merangkul PERAK


Melakar sejarah : Atlet EMAS 4 X 100 m (L18)

Acara petang yang menyerlah
1-400m L15 (Husin Rosin) -GANGSA
2-4 X 100 L15 Akhir - (PERAK)
3-4 X 100 P15 Akhir -Tewas
4-4 X 100 L18 Akhir - (EMAS)
5-4 X 100 P18 Akhir - Tewas
6-800m L15 Akhir -PERAK

Pingat hari ke-3 - 2 EMAS, 2 PERAK, 2 GANGSA
Pungutan Terkini - 4 EMAS, 8 PERAK, 6 GANGSA.
Keseluruhan - 18 pingat

24 Mac 2011

Olahraga MSSD 2

Selamat datang kepada semua pengunjung laman seseriku.blogspot.com/
Laporan hari ke-2 Sukan Olahraga MSSD di SMK Sultan Ismail.


Antara acara pagi yang menyerlah

1-Rejam lembing (Mohd Shafit Jantan) tempat ke-4
2-4 X 400 L15 ke peringkat akhir hari Sabtu
3-4 X 400 P18 ke peringkat akhir hari sabtu
4-100 berpagar P15, Masitah ke peringkat akhir-Tewas
5-100m berpagar P15, Norfaizana ke peringkat akhir-Tewas
6-110 berpagar L15, Mohd Adnan ke peringkat akhir -Tewas
7-110 berpagar L18, Mohd Imran ke peringkat akhir -Tewas

Acara petang yang menyerlah
1-Lompat kijang P18 (Noramira Liana) - PERAK
2-Merejam lembing P15 (Samsiah Mapik) - PERAK

Nor Amira Liana Ishak-Pingat PERAK
Acara lompat kijang P18


Pungutan pingat pada hari ke-2 sebanyak 2 pingat PERAK
Pungutan Terkini - 2 EMAS, 6 PERAK, 4 GANGSA.
Keseluruhan - 12 pingat

23 Mac 2011

Olahraga MSSD 1

Kejohanan MSSD Kemaman Kali ke-40 telah bermula dengan rasminya pada 23 Mac 2011 di padang SMK Sultan Ismail, Kemaman. Kontigen SESERI diketuai oleh SU Sukan telah menghantar seramai lebih daripada 50 orang atlet olahraga.

Acara pertama bermula pada pukul 7.30 pagi iaitu berjalan kaki 5000M P18 dan L15. SESERI diwakili oleh Ahmad Tarmizi Zakaria(L15), Nurhanie Idayu Jusoh(P18) dan Siti Nur Asilah(P18). Selepas acara berakhir, SESERI telah mendapat emas sulung bagi kategori L15 dan, Gangsa bagi kategori P18. Kontigen SESERI berjaya mengutip pingat bagi empat kategori acara awal kejohanan.


PK Ko Kurikulum SESERI sangat teruja
dengan keputusan sebelah pagi
.


Dari kiri : Nur Asilah (Gangsa jalan kaki P18), Erma Shakira (Perak rejam lembing P18), Tarmizi Zakaria (Emas jalan kaki L15), Nurhanie Idayu (Perak jalan kaki P18) dan Siti Nurul Masitah (Emas Lompat jauh P15).

Kontigen SESERI diiringi oleh Cikgu Nordin (SU Sukan), Cikgu Sabtina (Pengurus), Cikgu Noora Haida, Cikgu Zunaidah, Cikgu Sazeri, Cikgu Amril Zalha dan Cikgu Izwadi. Kontigen hari pertama ialah seramai 35 orang atlet.

Keputusan keseluruhan hari pertama 23 Mac 2011 :
1-Jalan kaki L15(Ahmad Tarmizi)-EMAS
2-Lompat jauh P15(Siti Nurul Masitah)-EMAS

3-Lembing P18(Erma Shakira)-PERAK
4-Lempar cakera L18(Mohd Hanif)-PERAK
5-Peluru P15(Murniya Ati)-PERAK
6-Lompat Tinggi L15(Husin Rosin)-PERAK

7-Jalan kaki P18(Norhanie Idayu)-GANGSA
8-Jalan kaki P18(Siti Nor Asilah)-GANGSA
9-200 meter L18(Imran Mohd Ariffin)-GANGSA
10-Lompat tinggi L15(Ayob Isa)-GANGSA
Maklumat tidak rasmi menyebut bahawa kontigen SESERI berjaya memperolehi 1 lagi pingat GANGSA.

Setakat yang telah diumumkan secara rasmi, SESERI berjaya mengutip 2 EMAS, 4 PERAK dan 4 GANGSA pada hari pertama kejohanan. Semoga pencapaian berkenaan menjadi pembakar semangat bagi atlet pada hari ke-2 hingga ke-4. Tahniah kepada semua yang berjaya.

SESERI BOLEH.
Cikgu Seri